Tuesday 18 September 2012

PeNgORb@n@n !Bu B@p@

Pengorbanan di dalam kehidupan sememangnya merupakan lumrah kehidupan kita seorang insan yang bernama manusia.Pengorbanan seorang ibu,pengorbanan seorang ayah dan lain-lain jenis pengorbanan yang dilakukan untuk membahagiakan anak-anak.Pengorbanan ibu bapa kita merupakan pengorbanan paling tinggi yang kita tidak wajar dilupakan.Susah-payah mereka membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa,masyarakat dan negara.

Usahlah,janganlah kita melupakan akan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu kita.Dia telah mengandungkan kita,bukannya sekejap tetapi sembilan bulan sepuluh hari kita di dalam kandungan,dibawa bersama-sama payah jerih ditanggungnya.Dia melahirkan kita,menyusukan kita,amat tinggi pengorbanannya.Semasa kita kecil,ketika waktu tidur ibu kita menjaga kita,kalau boleh seekor nyamuk pun tak dibenar gigit kita.Dijaga dan dibelai,pengorbanan ibu membawa kita ke syurga kerana ada pepatah melayu mengatakan “pintu syurga di bawah telapak kaki ibu”.

Seorang lelaki yang bergelar “bapa”mempunyai pengorbanan yang tinggi disebalik pengorbanan seorang ibu.Bapa kita telah membesarkan kita,dia telah bersusah payah untuk membesarkan kita walaupun dihimpit pelbagai masalah dan cabaran kehidupan. Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapa kita untuk membesarkan kita.Sebagai anak-anak kita wajib membalas akan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita sehingga kita mampu berjaya dalam kehidupan, walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan sebarang balasan dari anak-anak mereka. Percayalah ALLAH pasti membalasnya kerana redha ALLAH terletak pada redha ibu-bapa kita.

Monday 17 September 2012

M!n@T



Dalam hidup, kita kena pilih dan buat sesuatu yang kita suka. 
Pilihlah sesuatu yang kita suka walaupun ianya sukar. Kerana perkara yang sukar, kita akan tetap semangat untu melakukannya jika kita suka. Pilih yang kita mahu. Pilih yang kita idamkan. Begitu juga semasa membuat sesuatu keputusan, dahulukan minat dan gerak hati.

Sebabnya, dalam hidup kita akan sentiasa dilanda ujian. Namun, kita pasti akan menghadapinya dengan semangat kerana apa yang kita lalui adalah perkara yang kita suka. Biarpun kita jatuh tergolek, kita akan bangun dengan semangat baru mengejar kejayaan yang kita idamkan.

Berlainan jika kita memilih perkara yang kita tidak suka. Benda yang senang menjadi sukar. Bila jatuh, sukar untuk bangun. Bila tersungkur, seakan tiada semangat untuk bangkit. Tersandung batu pun mengeluh berpanjangan.

Itulah bezanya. Jangan takut untuk memilih yang kita mahu hanya kerana takutkan risiko. Dan jangan memilih yang kita tidak mahu hanya kerana ianya jalan selamat. Percayalah, jalan selamat akan berubah menjadi risiko jika ianya perkara yang paling dibenci oleh anda.

~Sekadar berkongsi pengalaman~